Monday, January 9, 2012

IKLAN TAWARAN JAWATAN PENGURUS RUMAH PELAJAR MALAYSIA BAGI TAHUN 2011

Pengenalan
Rumah Pelajar Malaysia yang terletak di Nishikoyama, Tokyo diwujudkan untuk memberi kemudahan penggunaan kepada persatuan-persatuan pelajar Malaysia dan penginapan sementara bagi pelajar Malaysia di Jepun. Pentadbiran harian rumah ini diletakkan di bawah tanggungjawab Pengurus Rumah yang dipilih dan dilantik oleh Badan Pengurusan Rumah Pelajar Malaysia (BPRPM). BPRPM terdiri daripada Penasihat Pendidikan & Latihan, Kedutaan Besar Malaysia, wakil MSAJ dan wakil KUJ.

Pengurus Rumah sesi 2011 akan tamat perkhidmatan pada Mac 2012. Sehubungan itu, BPRPM sedang mencari pelajar Malaysia di Jepun yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pengurus Rumah.

Tugas dan tanggungjawab Pengurus Rumah ialah:
1. Menguruskan tempahan penggunaan/penginapan;
2. Menguruskan bayaran utiliti;
3. Menjaga serta memastikan RPM berada di dalam keadaan bersih dan selamat. Sebarang kerosakan perlu dilapor kepada BPRPM dalam tempoh tiga hari kerosakan diketahui;
4. Menyediakan Laporan Bulanan yang mengandungi laporan kewangan, penggunaan dan inventori. Laporan Bulanan perlu dikemuka kepada BPRPM tidak lewat daripada 10 haribulan pada setiap bulan;

Tempoh perkhidmatan Pengurus Rumah ialah selama satu tahun dan perlu menetap sepenuh masa di RPM sepanjang tempoh perkhidmatan tanpa bayaran sewa rumah.

Perkhidmatan Pengurus Rumah boleh ditamatkan dengan 1 bulan notis sekiranya didapati tidak menjalankan tanggungjawab / peraturan yang ditetapkan.

Syarat-Syarat Permohonan
1. Warganegara Malaysia;
2. Bujang;
3. Sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Jepun;
4. Mempunyai rekod akademik yang baik; dan
5. Bebas daripada masalah disiplin.

Kaedah Dan Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang berminat perlu menghantar permohonan yang mengandungi dokumen berikut:
1. Resume lengkap;
2. Keputusan peperiksaan terkini; dan
3. Jadual pengajian bagi sesi 2012/2013.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada En. Muhammad Annizam bin Mohd Mohtar (annizam@hrdtokyo.jp) selewat-lewatnya pada 22 Januari 2012.

Keputusan permohonan boleh diketahui pada bulan Februari 2012.

Selamat Mencuba!
Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!