Embassy

Note: This page is only available in Bahasa Melayu (Malay Language).

Untuk melihat senarai pengumuman pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Jepun, sila klik di sini.

Alamat Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo (lihat laman web) adalah seperti berikut:
20-16, Nanpeidai-cho Shibuya-ku, TOKYO 150-0036 (lihat peta)

Alamat Rumah Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo adalah seperti berikut:
5-17-27, Kamimeguro, Meguro-ku Tokyo
(lihat peta dan panduan ke Rumah Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo)

Borang-Borang Penting
Di bawah adalah beberapa borang penting khususnya untuk pelajar-pelajar tajaan JPA. Untuk borang-borang lain serta maklumat selanjutnya, sila layari laman web Kedutaan Besar Malaysia ke Jepun .

* Borang Biodata Pelajar[PDF]
* Registration of Malaysian Citizen Overseas(Japan)[PDF]
* Borang Tuntutan Premium Insuran Kesihatan / Rawatan Perubatan [PDF]
* Borang Permohonan Bercuti Di Malaysia/Luar Negara [PDF]
* Borang Tuntutan Elaun Thesis [PDF]
* Borang Pemberitahu Perubahan Tempat Tinggal [PDF]
* Borang Key Money [PDF]
* Borang Tempahan Tiket Penerbangan [PDF]
* Borang Permohonan Perlanjutan Biasiswa JPA [PDF]
* Borang Pendaftaran Tamat Pengajian 2011 – Pelajar JPA [PDF]

Kesemua borang di atas hendaklah dihantar ke Kedutaan Besar Malaysia ke Jepun melalui alamat berikut:
Counsellor
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16 Nanpeidai-cho
Shibuya-ku, Tokyo 150-0036
Mesej Dari Bahagian Konsular Kedutaan Besar Malaysia
Bahagian Konsular merupakan salah satu daripada bahagian yang penting di Kedutaan. Bahagian ini antara lain menawarkan perkhidmatan seperti:
* Migresen – Urusan Pasport dan Visa.
* Notarial – Pengesahan dokumen, Penterjemahan.
* Pendaftaran -Kelahiran, Perkahwinan.
* Konsular – Kes-kes Tangkapan, Kesusahan atau Kematian yang melibatkan rakyat Malaysia.

Semua urusan dengan Bahagian Konsular boleh dibuat di Kaunter Konsular yang terletak di tingkat satu Kedutaan. Kaunter ini dikendalikan oleh tiga kakitangan ambilan tempatan dan mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa Jepun dan Inggeris.Waktu berurusan dengan Kaunter Konsular adalah seperti berikut:-

Hari Masa
Isnin-Khamis 9:00 pagi -12:00 t/hari (Permohonan)
2:00 petang-4:00 petang (Pengambilan dokumen)
Jumaat 9:00 pagi-11:30 t/hari (Permohonan)
2:00 petang-4:00 petang (Pengambilan dokumen)
Sabtu,Ahad,Cuti Umum Tutup

Sekiranya ingin mendapat keterangan lanjut atau lain-lain maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Konsular, datang sendiri ke Kaunter Konsular atau sila hubungi talian seperti berikut:-


Tel: (03)3476-3849  /  (03)3476-3849  /  (03)3476-3840
Faks: (03)3476-4971

Peraturan di Konsular

Sekiranya berurusan di Kaunter Konsular di Kedutaan, sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:
* Berpakaian kemas dan bersih;
* Jangan membuat bising; * Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran tiba;
* Jangan merokok di tempat yang dilarang;
* Jangan membuang sampah merata-rata dan;
* Gunakan bahasa yang sopan ketika berurusan.   

Mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia
Setiap warganegara Malaysia yang bercadang untuk menetap lama di sesebuah negara di luar Persekutuan, adalah dituntut supaya mendaftarkan diri dengan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat.Pendaftaran diri dengan Kedutaan adalah penting dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan:
1. Lambat mendapat bantuan daripada kedutaan sekiranya berlaku kesusahan seperti bencana alam atau darurat
2. Kewarganegaraan mereka yang memperolehi taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Artikel 25(2) Perlembagaan Malaysia dilucutkan.

Pendaftaran diri dengan Kedutaan juga dapat memudahkan Kedutaan dalam urusan berikut:
1. Mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang berada di sesebuah negara asing;
2. Mengenalpasti kedudukan rakyat Malaysia di sesebuah negara asing;
3. Memberi bantuan kepada rakyat Malaysia sekiranya barlaku bencana alam atau lain-lain kesusahan di sesebuah negara asing;
4. Menghubungi keluarga/waris di Malaysia sekiranya berlaku kesusahan kepada rakyat Malaysia di negara asing;
5. Menyampaikan berita/maklumat yang diterima daripada keluarga/waris di Malaysia kepada warganegara Malaysia di negara asing.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat, nombor telefon atau lain-lain butiran penting selepas pendaftaran dibuat, sila maklumkannya kepada Kedutaan dengan seberapa segera dan sekiranya boleh, kemukakan maklumat tersebut secara bertulis. Alamat Kedutaan adalah seperti berikut:

Bahagian Konsular,
Kedutaan Besar Malaysia
20-16, Nanpeidai-Cho,
Shibuya-ku, Tokyo.

Pasport Antarabangsa Malaysia
Pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi memudahkan warganegaranya melakukan perjalanan ke luar negeri. Pasport dikategorikan sebagai dokumen penting dan terkawal. Pasport tetap menjadi hak milik Kerajaan dan pemberiannya boleh ditarik balik pada bila-bila masa.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemegang pasport untuk memastikan bahawa pasport yang dikeluarkan kepadanya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
* menyimpan pasport di tempat yang tertutup dan berkunci;
* memastikan bahawa pasport tidak terdedah kepada sesuatu yang boleh merosak atau mencatatkannya seperti air dan api;
* jangan mengubahsuai sebarang butiran yang telah sedia tercatat di dalam pasport;
* jangan menyerahkan pasport ke tangan orang yang tidak berhak ke atasnya dan lain-lain lagi.

Sekiranya cuai dalam menjaga keselamatan pasport, maka ada kemungkinan pasport tersebut jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakannya untuk tujuan penipuan, penyamaran, sindiket penjualan pasport dan sebagainya.

Pembaharuan Pasport
Info terkini berkenaan pembaharuan pasport boleh didapati di laman web Kementerian Luar Negeri.
Setiap pasport yang dikeluarkan oleh Kerajaan bersahlaku untuk lima (5) tahun dari tarikh pengeluaran melainkan terdapat sebarang catitan di dalam pasport tersebut yang menghalangnya. Sekiranya pasport hampir tamat sahlaku (kurang dari 6 bulan sahlaku) ataupun hampir kehabisan muka surat (tinggal kurang dari 5 muka surat), maka prlanjutan atau permohonan untuk mendapatkan pasport baru boleh dibuat di mana-mana pejabat Imigresen di Malaysia ataupun di mana pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri yang terdekat. Semasa mengemukakan permohonan pasport, pemohon hendaklah hadir sendiri dan permohonan melalui pos adalah amat tidak digalakkan berikutan risiko kehilangan yang tinggi. Bagi mengelakkan permohonan pasport tergendala, semua pemohon adalah dinasihatkan supaya memastikan semua dokumen-dokumen berikut dibawa bersama:
1. Permohonan Pasport Baru
2. Pasport (salinan asal dan 2 photocopy);
3. Kad Pengenalan (salinan asal dan 2 photocopy);
4. Surat Beranak (salinan asal dan 2 photocopy);
5. Sijil Kewarganegaraan (salinan asal dan 2 photocopy) -sekiranya ada;
6. 3 keping gambar terbaru (warna) berukuran pasport (5 x 3.5 cm) -gambar ‘instant’ tidak diterima;
7. Sijil Perkahwinan Malaysia (salinan asal dan 2 photocopy) sekiranya ada;
8. Surat Pengesahan dari institusi pengajian (sekiranya berlajar) atau dari majikan (sekiranya bekerja) di Jepun; dan
9. Bayaran Pasport.
10. Lanjutan Tempoh Sahlaku Pasport
11. Pasport (salinan asal dan photocopy);
12. Kad Pengenalan (salinan asal dan photocopy);
13. Surat Beranak (salinan asal dan photocopy);
14. Sijil Kewarganegaraan (salinan asal dan photocopy) -sekiranya ada;
15. 2 keping gambar terbaru (warna) berukuran pasport (5 x 3.5 cm) – gambar ‘instant’ tidak diterima;
16. Sijil Perkahwinan Malaysia (salinan asal dan photocopy) sekiranya ada;
17. Surat Pengesahan dari institusi pengajian (sekiranya berlajar) atau dari majikan (sekiranya bekerja) di Jepun; dan
18. Bayaran Pasport.  

Kadar Bayaran Pasport / Dokumen Imigresen
 
No. Perkara RM Yen
1. Pasport Biasa untuk lima (5) tahun
(i) 32 muka surat
(ii) 64 muka surat

300.00
600.00
Mengikut kadar tukaran semasa
2. Lanjutan Sahlaku Pasport Biasa
(i) 32 muka surat
(ii) 64 muka surat

60.00 / setahun
120.00 / setahun
Mengikut kadar tukaran semasa
3. Perakuan Cemas (Imm.40) 50.00 Mengikut kadar tukaran semasa
4. Pengistiharan ¥ 800
5. Pengesahan Tandatangan ¥ 200
6. Power of Attorney ¥ 250
7. Pengesahan Dokumen ¥ 500
8. Terjemahan
(i) Lesen Memandu
(ii) Lain-lain

¥ 200
¥ 500
# Sila semak dengan Bahagian Konsular untuk kadar terkini.

Kehilangan / Kerosakan Pasport Sekiranya mengalami kehilangan atau kerosakan pasport di luar negeri, sila laporkan berita kehilangan atau kerosakan tersebut dengan seberapa segera kepada pihak berkuasa tempatan (polis) dan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat. Dalam hal ini, sila berikan maklumat lengkap mengenai butir-butir pasport yang hilang atau rosak, tarikh, masa dan tempat pasport tersebut hilang atau rosak dan lain-lain maklumat yang dirasakan berkaitan.
Comments
Tweets
0 Comments
 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!