Tuesday, December 20, 2011

Temuduga Terbuka University Tun Hussein Onn Malaysia di Jepun


UNIVERSITI  TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
JOHOR
 
TEMUDUGA TERBUKA
 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk menghadiri temuduga terbuka bagi jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/DS51. 
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN BAGI JAWATAN AKADEMIK  
[a].       FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR
Kejuruteraan Bangunan & Pembinaan : Pengurusan Pembinaan * Ukur Bahan * Ukur Bangunan * Perancangan Bandar & Wilayah * Senibina/ Reka Bentuk Dalaman * Senibina Landskap * Penyelenggaraan Bangunan * Aplikasi GPS/GIS untuk Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Struktur & Bahan : Kejuruteraan Struktur * Kejuruteraan Jambatan * Bangunan Tinggi * Struktur Konkrit & Keluli * Struktur Konkrit Prategasan * Struktur Pra Tuang & Komposit * Kejuruteraan Struktur Kayu * Teknologi Konkrit
Kejuruteraan Air & Persekitaran : Teknologi Membran * Pengurusan Sisa Pepejal & Bahan * Kualiti Udara * Pengurusan Enapcemar * Ekotoksilogi & Penilaian Risiko * Rawatan Air Sisa * Pemantauan Air Bawah Tanah * Perlindungan Hakisan Pantai & Penambakan Tanah * Bioteknologi Makanan (Tumbuhan & Haiwan) * Kejuruteraan Sel & Tisu * Biodiversiti * Pemuliharaan Persekitaran * Kejuruteraan Kimia * Kimia
Kejuruteraan Geoteknik & Pengangkutan : Penyiasatan Tapak * Kejuruteraan Tanah Lembut * Baikpulih Tanah * Kejuruteraan Asas * Mekanik Tanah * Pemodelan Tanah * Analisis & Rekabentuk Turapan * Penyelenggaraan Turapan * Pengangkutan Bandar * Keselamatan Lalulintas * Pengurusan Lalulintas * Kejuruteraan Geofizik * Geologi Kejuruteraan & Mekanik Batuan * Permodelan Tanah (Peragaan Tanah)
[b].      FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN
Kejuruteraan Mekanik : Akustik * Keselamatan & Dinamik Kenderaan  * Getaran  * Kejuruteraan Kawalan  * Kekuatan Bahan  * Kaedah Unsur Terhingga
Kejuruteraan Loji dan Automatif : CFD & Tribologi  * Proses Loji, Pengawalan & Instrumentasi  * Loji Kuasa & Teknologi Bahan Api  * Kawalan Pencemaran Industri  * Automotif
Kejuruteraan Pembuatan   Industri : Metrologi & Pengukuran  * Keselamatan  Persekitaran & Kesihatan Tempat Kerja  * Teknologi Informasi Industri  * Penyelidikan Operasi  * Pengurusan Kejuruteraan Senggaraan  * Proses Pembuatan Termaju (i.e. Pemesinan Laser,Pemesinan Deras dll.)  * Alatan & Die  * Pembuatan Deras  * Automasi Industri  * Robotic  * Sistem Pembuatan Pintar
Kejuruteraan Bahan dan Reka Bentuk : Seramik Termaju  * Teknologi Salutan  * Filem Nipis  * Metalurgi Fizikal  * Reka Bentuk Kejuruteraan  * Metalurgi Mekanikal  * Seramik  * Bahan Termaju  * Polimer  * Teknologi Komposit & Membran  * Reka Bentuk Produk  * Ergonomik & Optimumsasi  * Analisa Kegagalan & Reka Bentuk Berbantu Komputer
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal : Tekstil Kimia  * Rawatan Tekstil & Penyudahan
Kejuruteraan Aeronautik : Reka Bentuk  * Struktur  * Bahan Pesawat Terbang  * Sistem Pesawat Terbang & Integrasi  * Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Terbang Berlesen  * Undang-undang & Pengurusan Udara  * Avionics  
[c].       FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Kejuruteraan Elektronik : Kejuruteraan Elektronik Perubatan  * Peralatan Perubatan & Pengalatan  * Pengimejan Perubatan  * BioMEMS  * Kejuruteraan Mikroelektronik  * Pembungkusan Litar Bersepadu  * Reka Bentuk Litar Bersepadu  * Analisa Kegagalan  * Mikrofabrikasi
Kejuruteraan Komputer : Sistem Terbenam  * Sistem Pintar  * Pemprosesan Imej  * Penglihatan Komputer  * Rangkaian Komputer  * Senibina Komputer  * Reka Bentuk Sistem Digit
Kejuruteraan Mekatronik & Robotik : Sistem Robotik  * Sistem Mekatronik  * Automasi Industri
Kejuruteraan Elektrik Kuasa : Tenaga Diubahsuai  * Sistem Kuasa  * Pemesinan Elektrik  * Elektronik Kuasa  
[d].      FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI, PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
 Kewangan & Perakaunan * Pengurusan Logistik/Rantai Nilai * Ekonomi * Pemasaran * Pengurusan Kejuruteraan  * Pengurusan Kualiti  * Pengurusan Harta Tanah* Pengurusan Fasiliti  * Pembangunan & Pentadbiran Tanah * Pengurusan Pembinaan * Pengurusan Projek * Ukur Bangunan * Perancangan Bandar & Desa * Senibina * Senibina Landskap * Senireka Dalaman  * Pengurusan Sumberjaya * Sistem Maklumat Geografi  * Pelancongan & Hospitaliti * Ukur Bahan
[e].      FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL         DAN VOKASIONAL
  Pendidikan Kejuruteraan : Kejuruteraan * Kejuruteraan Mekatronik * Kejuruteraan Audio & Video * Teknologi Audio & Vidoe * Penyediaan Makanan & Minuman * Kulinari * Konfeksionari & Pastri * Mekanikal-Kejuruteraan Automotif * Teknologi Kayu & Bata
Ikhtisas Pendidikan : Reka Bentuk Grafik * Ilustrasi Grafik * Reka Bentuk Permodelan 2D & 3D * Teknologi Animasi * Pengaturcaraan Berasaskan Web * Falsafah Pendidikan * Pedagogi * Pengurusan Kokurikulum atau Pendidikan Jasmani/Sains Sukan * Pengukuran & Penilaian * Kaunseling & Psikologi * Reka Bentuk Instruksional
  [f].       FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
 Teknologi Web * Keselamatan Informasi * Pengkomputeran Pintar * Pengkomputeran Multimedia  * Kejuruteraan Perisian 
[g].      FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN
Sains : Fizik * Matematik & Statistik * Kimia * Biologi * Bioteknologi * Teknologi Makanan
Bahasa Antarabangsa : Bahasa Inggeris * Bahasa Jepun * Bahasa Mandarin * Bahasa Perancis * Bahasa Jerman * Bahasa Sepanyol
Sains Sosial : Sejarah Warisan 
[h].      PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA
Kejuruteraan Awam : Kejuruteraan Struktur & Bahan * Kejuruteraan Alam Sekitar * Kejuruteraan Hidraulik & Hidrologi * Kejuruteraan Jalanraya  *Kejuruteraan Geoteknik & Geologi  * Kejuruteraan Pembinaan * Alam Bina
Kejuruteraan Mekanikal : Kejuruteraan Mekanik * Kejuruteraan Loji & Automotif * Kejuruteraan Pembuatan & Industri * Kejuruteraan Bahan & Reka Bentuk * Kejuruteraan Aeronautik
Kejuruteraan Elektrik : Kejuruteraan Komputer * Kejuruteraan Elektronik * Kejuruteraan Mekatronik & Robotik * Kejuruteraan Elektrik Kuasa * Kejuruteraan Komunikasi
Teknologi Maklumat : Teknologi Maklumat
Sains dan Matematik : Fizik * Kimia * Biologi  * Matematik
SYARAT LANTIKAN
  Bagi syarat lantikan, adalah seperti terlampir.
  CARA MEMOHON

Borang permohonan adalah seperti terlampir.  Sila patuhi arahan-arahan berkaitan. Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah :-  
Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Akademik)
   
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-  
            Unit Perjawatan Dan Perkhidmatan Akademik  
            Tel : 07-4537000 / 7108 / 7112 atau email recruitment@uthm.edu.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .  
TARIKH DAN LOKASI TEMUDUGA
  1.              Tarikh          :        6 Disember 2011                    
                  Lokasi          :        Kedutaan Malaysia di Jepun
                  Masa           :        11.00 pagi

2.                Tarikh          :        8 Disember 2011                    
                  Lokasi          :        II Cuore Namba Hotel, Osaka
                  Masa           :        2.00 petang

3.                Tarikh          :        11 Disember 2011                    
                  Lokasi          :        Chisun Hotel, Fukuoka
                  Masa           :        9.00 pagi
 
KETERANGAN AM
(a)        Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(b)               TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru
kelayakan lantikan pensyarah
Berikut adalah salinan PDF serta borang pendaftaran.

Yang berminat, jangan lepaskan peluang ini!
Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!