Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar Tajaan JPA,
Terlebih
dahulu Pejabat ini ingin mengucapkan terima kasih kepada
pelajar-pelajar yang telah berkunjung ke kaunter JPA pada pameran MSAJ
Career Fair 2011 yang berlangsung pada 11 Ogos 2011 yang lalu.
Diharapkan
segala penerangan dan taklimat terutama berkaitan urusan tamat
pengajian dan lapor diri yang diberikan kepada pelajar pada pameran
berkenaan dapat difahami. Bagi membantu pelajar membuat perancangan
sebelum bergraduat pada Mac 2012 kelak, bersama-sama ini dipanjangkan
slide taklimat yang digunakan ketika MSAJ Career Fair 2011. Saudara/i
boleh click link yang diberikan seperti di bawah:
Adalah
diharapkan dengan maklumat yang diperolehi ini dapat membantu pelajar
melaksanakan semua tanggungjawab sebagai pelajar tajaan JPA setelah
menamatkan pengajian pada bulan Mac 2012 kelak.
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun