Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dihormati,
Terlebih
dahulu Pejabat ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan
Al-Mubarak kepada semua pelajar beragama Islam di Jepun. Semoga bulan
Ramadhan yang disambut pada tahun ini akan lebih diberkati daripada
tahun-tahun sebelumnya.
Seperti
tahun-tahun lalu, pihak Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun
mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia
(termasuk pelajar Malaysia) di Jepun.
Pada
tahun ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun sekali lagi akan
mengadakan majlis yang sama seperti butiran berikut:
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011
Tarikh : Hari Raya Pertama
Masa : 0730 – 1200
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo 150-036
UPDATE
“Pihak Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun ingin memaklumkan bahawa tempat yang diperuntukkan untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo telah dipenuhi. Sehubungan itu, pengesahan kehadiran seperti yang tertera di laman web yang dinyatakan sebelum ini telah ditutup dengan rasminya pada hari ini (16 Ogos 2011). Pihak penganjur akan menghantar satu emel jemputan rasmi kepada semua pelajar yang telah memberi pengesahan kehadiran ke majlis ini dalam masa terdekat. Jemputan ke majlis ini terhad kepada pelajar-pelajar yang menerima emel jemputan ini sahaja.”
Kerjasama dan jasa baik saudara/i dalam menjayakan majlis ini amat dihargai.
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun.