Saturday, December 3, 2011

AGM tamat dengan jayanya

Alhamdulilah syukur nikmat kepada ilahi, event AGM hokuriku 2011 telah pun berjaya diadakan. Kehadiran cukup memberansangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Diharapkan kehadiran para pelajar bahagian Hokuriku 2011 dapat di-maintain-kan dan terus mendapat sokongan dan kerjasama yang jitu dari para pelajar.

Event ini telah dijalankan pada 3-12-2011 ini, dijalankan di Fukui Palace hotel, Fukui-ken. Event ini bermula pada tepat jam 12 tengahari, yang dimulakan dengan ucapan-ucapan dari President MSAJ hokuriku 2011 dan juga President Fukui selaku tuan rumah program AGM hokuriku 2011 pada kali ini. Program AGM ini diakhiri dengan pertandingan bowling antara prefecture - perfecture bahagian Hokuriku.

Untuk pertandingan rekacipta design baju pula telah pun diambil undiannya daripada setiap pelajar yang telah pun hadir pada program ini. Keputusan untuk pemenang pertandingan ini akan diumumkan pada akhir pertandingan bowling.



saya selaku Biro Web dan komunikasi dengan ini menamatkan tugas saya. sekian
Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!