Monday, March 21, 2011

Kemaskini Maklumat Semasa Pelajar di Jepun selepas Kejadian Gempa Bumi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar,

Untuk makluman, Pejabat ini menghadapi banyak masalah mengenal pasti pelajar yang menghantar emel pemaklumkan status semasa ke Pejabat ini. Ada di antara pelajar yang tidak mengemukakan nama penuh mereka dan ianya sedikit sebanyak menyukarkan Pejabat ini mengetahui kedudukan semasa pelajar sama ada di Jepun atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Pejabat ini memohon kerjasama Saudara/i untuk mengemaskini maklumat semasa di laman web berikut: https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHl0RjRTZ29Bek9PU0dia2dFVEJtWEE6MQ 

Kerjasama dan jasa baik Saudara/i dalam perkara ini amat dihargai. Sebagai makluman tambahan, kepada pelajar yang masih berada di Jepun mohon kerjasama Saudara/i untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan selalui melayari laman web Kementerian Luar Negeri (http://www.kln.gov.my/) untuk mengetahui perkembangan kejadian gempa bumi di Jepun.

Sekian,
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun
Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!