Wednesday, March 16, 2011

Pengumuman Rasmi Daripada Pihak Kedutaan (Updated 16th March 2011 14:50PM)

Tuan/Puan,

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah menerima banyak pertanyaan berhubung perkembangan terkini mengenai insiden kerosakan loji kuasa nuklear di Fukushima. Berdasarkan laporan rasmi yang diterima daripada Kerajaan Jepun, paras kebocoron adalah masih di peringkat rendah yang tidak membahayakan kesihatan. Pada masa ini, tuan/puan dinasihatkan untuk berada di tempat masing-masing dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.  Untuk rujukan rasmi perkembangan semasa berhubung perkara ini, Tuan/Puan bolehlah merujuk kepada Portal Kementerian Luar Negeri http://www.kln.gov.my  ,  Portal Japan Atomic Energy Agency http://www.jaea.go.jp/english/  dan   http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html 

Untuk rujukan bersama, berikut adalah laporan yang disediakan oleh Bahagian Politik Kedutaan Besar Malaysia kepada Wisma Putra berhubung insiden loji kuasa nuklear di Fukushima yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Luar Negeri dalam masa terdekat:

Laporan:

14 Mac 2011

·        Susulan letupan hydrogen di Reaktor No.3 Di Fukushima No.1 Power Plant Kementerian Luar Negeri Jepun telah memberi pada jam 5.00 pm, 14 Mac 2011.  Antara perkara-perkara yang telah dimaklumkan adalah:
Ø        Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi, 14 Mac 2011 (waktu tempatan) di reaktor no.3 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Letupan berlaku akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen akibat tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut. Tahap air rendah berlaku apabila bekalan elektrik bagi pam air ke dalam reaktor terputus akibat gempa bumi pada 11 Mac 2011;

Ø        Containment vessel yang merupakan core reaktor paling penting tidak terjejas. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor.;

Ø        Radiasi yang diukur sebelum dan selepas letupan di dalam stesen janakuasa tersebut tidak menunjukkan perbezaan ketara dan makin menurun. Data tahap radiasi yang diukur adalah seperti berikut:
²       11.37 a.m. 50 micro siervet per hour
²       11.44 a.m. 20 micro siervet per hour

Ø        Arah angin juga telah banyak membantu kerana membawa debu daripada letupan tersebut yang mungkin mempunyai bahan radioaktif ke arah Lautan Pasifik dan bukan ke kawasan di mana penduduk adalah padat

Ø        Kementerian Luar Negeri Jepun menasihatkan penduduk yang tidak terlibat dalam kawasan perpindahan iaitu dalam linkungan 20km radius supaya meneruskan kehidupan harian seperti biasa dan terus bertenang. Hanya terdapat kemungkinan catuan elektrik yang dijangka akan menjejaskan serba sedikit keselesaan hidup penduduk setempat.


Ø        Maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 boleh didapati di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Ø        Kementerian Luar Negeri Jepun sekali lagi menekankan insiden di Fukushima adalah tidak boleh disamakan dengan insiden di Chernobyl.

15 Mac 2011

Susulan letupan hidrogen di reaktor no 2 di stesen janakuasa nuclear Fukushima No. 1 pada awal 15 Mac 2011, Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengadakan satu sesi taklimat pada jam 5.00 pm.  Antara perkara-perkara yang dimaklumkan adalah:
·        Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 6.01 pagi (waktu tempatan), 15 Mac 2011 di reaktor no.2 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Punca letupan berlaku adalah sama seperti reaktor no.1 dan reaktor no.3 iaitu akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen kerana tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut.

·        Memandangkan tahap radiasi yang meningkat berikutan letupan reaktor no.2, TEPCO berpendapat kemungkinan terdapat kerosakan pada containment vessel reaktor no.3 iaitu di suppression pool. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor..

·        Lanjutan itu, TEPCO telah mengarahkan 750 orang pekerja di stesen janakuasa Fukushima No.1 untuk meninggalkan tapak manakala 50 orang pekerja terus berada di stesen bagi meneruskan kerja-kerja “cooling down”. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kerajaan Jepun juga telah mengarahkan penduduk yang tinggal antara 20km radius ke 30km radius untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

·        Di samping itu, reaktor no.4 Fukushima No.1 yang tidak berfungsi semasa kejadian gempa bumi pada 11 Mac 2011 telah dilaporkan mengalami kebakaran di bangunan reaktor. Dilaporkan juga terdapat bahan radioaktif yang dilepaskan semasa kebakaran walaupun bacaannya masih belum dapat ditentukan. Punca kebakaran juga masih belum disahkan.

·        Sebelum sesi taklimat, TYT Yukio Edano, Chief Cabinet of Secretary of Japan telah membuat sidang akhbar pada jam 4.00 pm dan menyatakan bahawa bacaan radiasi semakin berkurangan pada petang 15 Mac 2011. Mr. Edano juga telah memberikan status terkini reaktor berkaitan seperti berikut:
o       Status semua 4 unit reaktor di stesen janakuasa nuklear Fukushima No.2 adalah dalam tahap “cooled down”.

o       Tahap air dalam reaktor no.1, no.2 dan no.3 stesen janakuasa nuklear masih rendah dan kerja-kerja mengepam air ke dalam reaktor berkenaan bagi tujuan “cooling down” masih diteruskan. Manakala kebakaran di reaktor no.4 telah dipadamkan dan kerja-kerja mengepam air telah dimulakan.

·        Bagi daerah Tokyo, Tokyo Metropolitan Government (TMG) telah mengumumkan bacaan radiasi yang sangat rendah telah dapat dikesan berikutan letupan hidrogen reaktor no.2 . Data yang direkodkan antara 1700hrs, 14 Mac 2011 dan 0900hrs, 15 Mac 2011 adalah seperti berikut:
            Maksimum    0.147 micro siervet per hour
            Minimum       0.030 micro siervet per hour
            Purata                        0.045 micro siervet per hour
            Ini dibandingkan dengan bacaan radiasi normal iaitu antara 0.08-0.09      micro siervet per hour.
  • Arah angin pada pagi 15 Mac 2011 yang menghala ke bawah membuatkan asap letupan tersebut yang membawa bahan radioaktif ke arah kawasan Kanto termasuk Tokyo. Walau bagaimanapun, arah angin dijangka akan berubah malam ini dan ramalan cuaca sejuk untuk dua hari berikutnya dijangka akan membantu mengawal asap bahan radioaktif daripada terus merebak.

  • Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengeluarkan nasihat-nasihat berikut kepada semua Perwakilan Diplomatik Asing di Jepun:
    • Menasihatkan warganegara masing-masing untuk bertenang dan terus mengikut nasihat kerajaan tempatan (prefecture) masing-masing. Kerajaan tempatan akan membuat pengumuman sekiranya mereka akan mengambil sebarang langkah bagi mengawal situasi ini.  Buat masa ini, arahan evakuasi adalah hanya bagi penduduk yang bermastautin di dalam linkungan 20 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima.  Bagi penduduk yang bermastautin di dalam lingkungan 20-30 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima, pihak berkuasa Jepun telah menasihatkan agar penduduk di kawasan ini tidak meninggalkan kediaman masing-masing.  Nasihat ini adalah sebagai tindakan berjaga-jaga dan bukan atas sebab keselamatan yang mendesak

    • Menasihatkan warganegara masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di alamat berkenaan:
                  http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Kedutaan berharap Tuan/puan dapat mengikuti secara rapat perkembangan terkini status semasa berhubung perkara ini melalui laporan-laporan yang akan dikeluarkan di Portal rasmi Kementerian Luar Negeri dari masa ke masa.

Sekian, untuk makluman dan perhatian bersama.

Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo
Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!