Tuesday, March 29, 2011

Majlis Ramah Mesra dan Pengagihan Barangan Keperluan oleh Kelab Putera 1Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dihormati,

Untuk makluman Saudara/i Pelajar, satu Majlis Ramah Mesra dan Pengagihan Barangan Keperluan oleh Kelab Putera 1Malaysia akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 3 April 2011 (Ahad)
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0036
Masa : 1200 - 1500

Selain itu, Kelab Putera 1Malaysia juga akan memberikan perkhidmatan dan kaunseling kesihatan pada hari berkenaan kepada pelajar-pelajar yang berminat.

Memandangkan tempat yang diperuntukkan adalah terhad, Saudara/i pelajar yang berminat menyertai majlis ini perlu memberi pengesahan kehadiran dengan melayari laman web di bawah sebelum 31 Mac 2011.
Penyertaan bagi majlis ini adalah berdasarkan first come first serve. Pelajar yang telah terpilih akan diberikan emel jemputan rasmi.

Kerjasama dan jasa baik Saudara/i dalam menjayakan majlis ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Terkini(1 April 2011): penyertaan untuk Majlis Ramah Mesra dan Pengagihan Barangan Keperluan oleh Kelab Putera 1Malaysia telahpun ditutup.
Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!