Untuk makluman saudara/i pelajar, satu
Majlis Ramah Mesra bersama YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, YB Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir akan diadakan seperti
butiran berikut:
Tarikh : 18 Julai 2011 (Isnin)
Tempat : Edo Room, Banquet Floor, Hotel New Otani, Tokyo (tertakluk kepada sebarang pindaan)
Masa : 1400 (tertakluk kepada sebarang pindaan)
Sehubungan itu, saudara/i yang
berkelapangan adalah dijemput untuk bersama-sama ke majlis ini. Segala
kos berkaitan untuk ke majlis ini ditanggung sepenuhnya oleh pelajar.
Memandangkan tempat yang diperuntukkan
adalah terhad, saudara/i pelajar yang berminat menyertai majlis ini
perlu memberi pengesahan kehadiran dengan melayari laman web berikut
sebelum 8 Julai 2011 (Jumaat).
Kerjasama dan jasa baik Saudara/i pelajar dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian,
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun