Sunday, July 1, 2012


Assalamualaikum,


Dengan sukacitanya MSAJ Kansai 2012 dan juga AMIR kawasan Kansai ingin menganjurkan Program Solat Hajat Perdana kawasan Kansai 2012 .


Berikut adalah butiran berkenaan program ini.


Tarikh : 7 Julai 2012,Sabtu


Masa : 6.30 p.m. – 10.00 p.m. (sebelum Maghrib sehingga Isyak)


Tempat :神戸大学国維寮(Kokui Residence), Kobe
(兵庫県神戸市難区高尾通尾3-2-33神戸大学国維寮)
(Hyogo-ken, Kobe-shi ,Nada-ku Takaodori)


Objektif Utama program ini diadakan ialah :


1. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
2. Memohon keselamatan sepanjang berada di Jepun.
3. Memohon kemudahan dan kejayaan cemerlang untuk menghadapi peperiksaan akhir.
4. Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat untuk diri sendiri dan orang lain.


Tentatif program adalah seperti berikut :


18.30 : Berkumpul
19.30 : Solat Maghrib Berjemaah, Solat Hajat, Tadarus Al-quran,Tazkirah
21.00 : Solat Isyak Berjemaah
21.30 : Jamuan.
Bersurai.


Ahli diminta untuk membawa peralatan keperluan sendiri seperti sejadah, yasin, telekung dan lain-lain. Ahli juga diminta untuk memaklumkan kehadiran kepada AJK Kawasan masing-masing atau nyatakan di Facebook MSAJ Kansai. Jamuan turut disediakan pada penghujung program.


Sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah diajukan melalui emel ke alamat setiausaha_kansai@msaj.net ataupun melalui Facebook MSAJ Kansai.


Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan program ibadah ini,InsyaAllah.




ーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーーー


Cara-cara pergi ke Kokui Residence:


阪急「六甲」駅から 神戸市バス2系統三宮行乗車「五毛天神」下車、徒歩5分。

Comments
Tweets
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!